Thursday, 11 July 2013

Teruskan menasihati saya, kerana itu hak saya untuk dinasihati.



Hanya kerana kononnya ilmu yang lebih di dada. 
Hanya kerana kononnya pengalaman yang lebih banyak ditimba. 
Dan hanya kononnya kerana mereka lebih mulia!

Astaghfirullahal adzim.

Benar, adab-adab menegur perlulah dijaga. 
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi. 
Untuk menegur yang lebih tua dan berpengalaman, ada cara dan kaedahnya. 
Untuk menyantuni mereka yang masih muda dan hingusan, juga punya pendekatannya yang tersendiri.

saya amat menghargai setiap teguran dan nasihat yang diberikan. 
Dan seboleh-bolehnya, saya mahu mengambil setiap peringatan yang diberikan itu sebagai bimbingan, untuk saya berlari lebih laju di atas jalan ini.

Teruskan menasihati saya, kerana itu hak saya untuk dinasihati.

Untuk itu, jazakumullahu khairan katheera jazaa'. 
Moga Allah membalas keberanian, keikhlasan dan kesungguhan kalian untuk menegur, dengan sorgaNya yang kekal abadi itu, biidznillah.

No comments:

Post a Comment