Friday, 14 June 2013

#Susah itu tarbiyah, Sabar itu indah..*___^


La Tahzan!

Seringkali tertanya-tanya, kenapa aku dilanda ujian yang sebegini berat? Kenapa aku yang kena bukan mereka? Hanya kerana mengalami kesusahan yang mungkin ada lagi mereka yang lebih teruk daripada kita, tetapi mudahnya kita melatah. ALLAHURABBI. Saat kita bertanya, Al-Quran ada jawapannya:


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

Allah menguji kerana sayangkan hambaNYA. DIA ingin mendengar rintihan hambaNYA yang beriman kepada NYA. Maka janganlah bersedih dan merinitih lah kepada ALLAH. ^^

No comments:

Post a Comment